Dua bulan lagi.
365 hari, Jejaka dalam hati Gadis.
Entah berapa hari atau minit yang Jejaka terfikir tentang Gadis.
>
Dua bulan lagi.
365 hari, Jejaka dalam hati Gadis.
Entah berapa hari atau minit yang Jejaka terfikir tentang Gadis.
Ada ketikanya....
banyak kali sebenarnya...
apa yang difikirkan Gadis,
apa yang terngiang di telinga Gadis,
apa yang dibayangkan Gadis,
apa yang terlintas di hati Gadis...
Itu yang diungkapkan, didendangkan oleh Jejaka.
Kebetulan mungkin?
Moga Tuhan lembutkan hati kau.
Bukan untuk terima aku,
tapi untuk memandang hati aku.
Cukup la tu.
'Semoga benci nya kau pada aku tidak menjadi dosa pada pandangan Tuhan.
Jika jijik sebut nama ku,
jika memandang sipi sudah ku terlihat hina,
biar aku lupus, andai itu buat kau tenang.
jangan peduli apa rasa hati aku
aku lebih gusar tentang hati kau.'
-Gadis.
Diperhati Gadis dengan doa teriring.
'Moga Tuhan tenangkan hatinya.'
Dingin.
Ketaranya terlihat ,
berubah kerana Gadis atau memang Jejaka dah berubah.
Senyum hilang, tawa lenyap, sembunyi gurau kata,
Resah Gadis menghitung mana kurangnya.
'Mungkin sampai masa aku hindarkan diri.
Tak apa jika aku yang tercarik luka,
Biar tawa senyumnya kembali,
Kau akan jagakan dia, kan Tuhan ?'
Si gadis berbisik pada Tuhan tika petang itu ;
"Jika benar dia untukku,
Kau ketemukan ku dengannya sebentar lagi.
Jika benar dia bukan untukku,
aku akan redha dengan ketentuanMu"
(Langkah dan tawakal si gadis.)
Tika daun pintu di kuak, getar hati si gadis.
Jejakanya di situ. Dihadapannya.
Dan ini bukan sekali. Berulang.
"adakah ini benar, Tuhan ?
Atau ini cuma cara untuk Kau mengujiku?"
Tolak cuti.Tolak itu ini.
Tinggal tak lebih dari
30 hari je lagi.
Dan tinggal aku.
Tertinggal di sini.
terbaca :
"...yang mampu menolak takdir ialah doa..."
Yakin pada aturanNya.
Hati aku.
Masih belum mampu untuk berkata jangan ada engkau,Mi.
Bukan tak pernah, dah berkali.
Tapi masih kau yang aku damba.
Tetap nama kau ada dalam lewat doa-doa ku.
Ahhh..kau masih pengunjung setia tika lenaku.
Cukup.
Hanya pada mimpi kita berdua.
Realitinya , aku dah hilang kau.