>

Friday, January 11, 2013

#47

Minimalis.

Itu yang aku cuba buat. Meminimaliskan kesemua rasa aku untuk kamu. 
Aku harap kau simpan kenangan kita. 
Walaupun sepatutnya kau perlu hapus kan semua itu, sebagaimana aku rasa aku dah terhapus 
dari hidup mu.
Dan aku mahu kau tahu, aku masih berjumpa dengan kamu dalam mimpi. 
Dan hanya mungkin dengan cara itu Allah mengizinkan kita ketemu. Cukuplah.
Sudah cukup bagi aku dapat peluang sebegitu. Segala puji-pujian hanya padaNya

Aku mahu kamu bahagia dan tenang walaupun bukan aku yang menjadi medium untuk kau rasa begitu.


Selamat Ulang Tahun, Belahan Jiwa.
Yang terawal.
Dari aku.




Selamat Ulang Tahun Sayang - Imran Ajmain

Yang tulus ikhlas
Ingin sekali sekala dirinya dibalas
Walau hanya dengan dakapan di angin lalu

Yang selalu memberi
Ingin sekali sekala jadi penerima
Cukup dengan salam dan manis doa

Aku ingin kau merasakan hebatnya cinta
Dan leburkan saja serpihan calar derita

Selamat ulang tahun sayang
Kini kau bersayap, pergilah terbang
Rentaslah langit cita cita mu
Harap nanti kita 'kan bertemu

Selamat ulang tahun sayang
Janganlah engkau tak terbang pulang
Ku nanti penuh kerinduan
Selamat tinggal, selamat jalan

Aku hanya inginkan engkau setia
Kerana setia yang mencipta bahagiamu




No comments:

Post a Comment

Dari Menangis baik Menaip