>

Thursday, May 23, 2013

#95

Dalam bilik gelap,sempit. Ada 3-4 mungkin 5 jasad.
Ada cucu Adam,ada cicit Hawa.
Berlaga punggung. Tangan menarik. Bersandar paha. Belahak hilaian.
Lagu membingit. Cahaya mengalun. Hati mengeras. Kaki menghentak.
Luahan rasa selepas ditekan,luahan rasa kelelahan.


Menyanyi. Menari.
Menari. Menyanyi.
Menyanyi. Menari.
Menari. Menyanyi.

Menyanyi. Menari.
Menari. Menyanyi.


Menyanyi. Menari.
Menari. Menyanyi.
Menyanyi. Menari.
Menari. Menyanyi.




Mengah. Tekak tersekat.
Terperusuk di hujung empuk kerusi.




Diam. Pecah semua realiti.

Terbayangnya indah kutbah biru, terlintas wajah kesayangan, terngiang asyik alunan ayat

"Dulu aku tak begini, Belahan Jiwa.
Aku dah lain. Aku lupakan adanya Rejab yang aku rindu.
Aku dah tolak malam Jumaat yang aku nanti. Tersimpang jiwa.
Aku mungkir janji pada hati. Aku hilang arah untuk berpaling."









Bukan disini aku patut berdiri. Tarik aku.

No comments:

Post a Comment

Dari Menangis baik Menaip