Belahan Jiwa,
Tak perlu risau tentang
aku.
Aku sudah tak bersama dia
lagi.
Dia yang menjauhkan aku
dari Tuhan. Tak.
Aku tak ada dia lagi.
Tuhan masih sayangkan
aku,kan.
Masih tak mahu aku sesat
terlalu jauh.
Sampai bayang aku tak
terjejak mendekati Jannah-Nya.
Kau percaya aku mampu jadi
macam dulu.
Aku percaya itu doa dari
kau juga.
Sedang aku cuba menguatkan
diri ke jalan-Nya,
Aku ketemu cucu Adam yang
baru. Dia yang memberi aku satu rasa.
Rasa 6 tahun lalu yang aku
pendam untuk kau.
Dia yang mengingatkan aku
kepadamu, Belahan Jiwa.
Seolah dia bahagian dari
kau.
Dan buat aku rindu. Jujur.
Katakan aku benar dari
rusuknya, doakan aku.
Katakan aku bukan
disisinya, doakan aku juga.
Sambung doa untuk aku,
walau kau sudah bahagia.
Jangan putus doa kau untuk
aku, kerana kau aku dekat denganNya.
Jangan hilang kan aku dari
doa-doa kau.
Seberapa bencinya kau
padaku,
Kerana aku masih mencari
Jannah-Nya.
Mungkin tidak pada kau,
mungkin pada dia.
Mungkin juga pada yang
lain.
No comments:
Post a Comment