puas aku cuba alihkan hati.
biar jauh dari mu.
tapi aku gagal.
hati aku tetap terarah pada kamu.
penat aku berfikir untuk membenci.
biar aku tiada alasan menyayangimu.
tapi aku gagal.
sayang aku makin menebal.
lelah aku berlari mengelak bayang.
biar aku jatuh tanpa mu.
tapi aku gagal.
kuatnya aku kerana mu.
apa racun yang kau beri.
buat aku makin mencari dan makin kagumi.
bila aku cuba untuk tidak jujur sahaja sudah membuat aku terhiris pedih,
bagaimana robeknya hati jika aku melukakan kau.
andai peluang itu ada untuk aku dan kau..
aku mahu jadi yang terbaik.
itu janji aku.
No comments:
Post a Comment