>

Friday, December 13, 2013

#140

(Untuk lelaki belahan jiwa. Dulu)



Patut kah aku tujukan lagu Adele kepada kau.
Dan teriak pada seluruh dunia
"belahan jiwa aku !! Ya.. yang paling ku sayang dulu nak jadi milik orang"


Ha...!!!  Itu mungkin aku yang dulu.
Emosi selalu melebihi akal dan waras.


Aku menipu kalau aku katakan pada kau "sikit pun aku tak peduli".
Mustahil.
Dan tidak mungkin untuk mata aku mengering,
senyum ku melebar bila mendapat khabar itu.


Aku biar khabar itu,
aku tak halang rasa kau pada dia..
Kerana aku dah terima.
Kau bukan untuk aku.


Lillahita'ala aku sayang kau dahulu.
Dan Lillahita'ala aku lepaskan kau bahagia.
Selamat bertunang, Belahan Jiwa.

 
 
 
Titik.

No comments:

Post a Comment

Dari Menangis baik Menaip