Suatu hari.
Kau diam.
Aku diam.
Nampak ! Dekat wajah kau itu. Sarat dengan masalah.
Berat mulut aku nak bertutur. Aku biarkan kau begitu.
Aku diam.
Kau mula membutirkan kata. Bertanya.
Aku tersenyum. Masih Terdiam.
Kau memandang aku. Mengharap kan ada perkataan yang bergolek.
Tapi aku masih diam.
"Selesaikan satu-satu."
Hanya itu jawapan aku. Aku tahu kau tengah sarat. Serabut.
Ada satu perkara yang aku nak kau tahu tapi aku tak mampu nak ucapkan pada kau masa itu.
" Kalau kau kembali pada jalan Nya,
bersandar pada takdir dan redha Nya,
mengadu rasa hiba pada Nya,
aku yakin kau ditunjukkan penyelesaian dari Nya.
Walaupun kau berkata, masalah ini dari kau sendiri.
Walau kau berkata kau putus harapan,
Dia akan tunjukkan jalan kepada kau.
Yakin lah.
Aku mungkin hanya mampu menemani kau menghilangkan gundah,
tapi aku tak mampu nak memberi ubatnya.
Aku mampu bersama kau, termenung melihat dunia,
tapi penyelesaian tidak bergolek datang ke arah kita, tak mungkin.
Aku mungkin hanya menjadi hamba yang diutuskan Nya untuk menyedarkan kau,
dan satu hari nanti aku akan pergi , kita tak ketemu lagi.
Tapi Dia ada disamping kau. Selalu ada..
Yakin lah. "
Kau tahu kenapa aku tak cakap masa itu ?
Kerana kata-kata itu bukan hanya untuk kau tapi juga untuk aku.
No comments:
Post a Comment