Kadang-kala kesabaran itu hilang. Mana menghilang, tak terjejak.
Mungkin ada perkara yang tertinggal dalam hidup yang membuat kan kesabaran itu ditarikNya.
Sedar, memang sedar. Itu berlaku.
Tapi tetap berulang.
Betul kata orang, berubahlah kerana Yang Benar, bukan kerana yang sekejap(manusia).
Yang Benar itu Maha Mengetahui.
Perempuan : "Aku masih mengharap kau mendoakan aku. Doakan aku seperti yang aku minta hari itu.
Aku benar-benar mengharap."
Lelaki : 'Bagaimana sifat seorang manusia adalah bergantung kepada bagaimana keadaan hatinya'
Ajarkan aku - Amir Johari & Aziz Harun
Aku hanya manusia biasa.
Aku hanya manusia yang hina
Bukan aku yang mengubah semua
Ternyata Kau memegang segalanya
Dia yang maha kuasa.
Dia umpama segala-galanya.
Masih aku tidak mengerti apa itu dunia sejati
Ajarkan aku apa erti cinta.
Ajarkan aku apa erti sayang
Bukakan hatiku yang penuh debu
Bersihkan semua apa yang aku rasa.
No comments:
Post a Comment